CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 7, 2008

Kamaruddin lepasi loop pertama


SETIU - Penunggang Malaysia, Datuk Kamaruddin Abdul Ghani berjaya melepasi loop atau peringkat pertama Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) FEI di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong di sini, malam tadi.
Penunggang nombor dua dunia, Pio Juan Miguel Olasoaga Amaya dari Uruguay pula terkeluar daripada pertandingan.
Kamaruddin, bekas penunggang nombor satu dunia pada 2001, menduduki tempat ke-51 daripada 127 penunggang.
Beliau yang menunggang kuda Navidad berjaya ke loop kedua sejauh 27 kilometer termasuk 11 penunggang lain Malaysia.
Penunggang tersebut ialah Mohd. Shuaib Ishak (tempat ke-53), Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (57), Mohd. Faizal Ismail (59), Rosdam Mohd. Noor (61), Zainuddin Yusof (68), Abdul Hamid Alihan (69), Muhammad Che Ahmad Yusri (70), Datuk Abdullah Taib (80), Md. Azizie Ismail (88), Muhammad Firdaus Hamid (93) dan Norlialy Buniyamin (97).
Kedudukan tangga teratas diungguli oleh penunggang dari Sepanyol, Maria Mercedez Alvarez Ponton, diekori penunggang Emiriah Arab Bersatu, Shaikh Hamdan Mohd. Al Maktoum dan penunggang Qatar, Abdulla Towain Al Marri.
Namun Amaya, pilihan pertama, hanya menduduki tangga keempat selepas kudanya, Ar Valve gagal dalam pemeriksaan veterinar pada loop pertama.
Seramai 12 penunggang lain juga terkeluar daripada pertandingan untuk menjadikan hanya 113 penunggang yang akan mara ke loop kedua.
Kejohanan sejauh 160 kilometer diadakan sebanyak tujuh loop yang dijangka tamat kira-kira 8 pagi ini.
Perlepasan kira-kira pukul 5.30 petang disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, semalam.

PantuNku BuaT seMua

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju lajuSampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Monday, November 3, 2008

ikutilah kisah hidupku


name saya suhaila bt mohammad...